PTPTN
Hangat topik ni. Mula-mula malas nak buat entry pasal perkara ini. Tapi dah selalu sangat lalu tengok budak-budak tu lepak duduk dekat dataran, maka dengan ini izinkan saya meneruskan hujah saya ini adalah merupakan secebis pendapat saya.
Apakah yang dimaksudkan dengan pinjaman dan pemberian? Soalan ini mudah, kalau keluar dalam PMR mesti dapat markah penuh. Jadi dimana logiknya untuk tidak membayar kembali pinjaman yang telah dibuat.
Baiklah, saya juga tidak bersetuju dengan jumlah bunga yang ditetapkan dulu. 3% tapi dengan adanya ujrah, hutang telah dikemaskini dengan menggunakan sistem secara Islamic. ( saya dengar temuramah pasal Ujrah di radio mana tah dah x ingat tp yang pasti bukan hot.fm bukan hit.fm bukan era.fm ( stesen ni semua hanya untuk hiburan semata-mata bukan ada manafaat pun )
Kepada semua peminjam, bayarlah balik hutang yang telah dibuat. Kerana dengan hutang itulah kita berjaya memiliki ilmu yang digunakan untuk mencari rezeki.
Ada yang cakap bukan itu perjuangan mereka. Meraka yang meminjam akan membayar balik, ini adalah untuk masa depan generasi akan datang. Berikan pendidikan percuma, jadikan ptptn sebagai pemberian bukan pinjaman.
Baiklah, mari kita lihat maksud pendidikan percuma :
Free Education : refers to education that is funded through taxation,or charitable organizations rather than tuition fees - en.wikipedia
Hujah pertama saya :
Sekiranya pendidikan percuma diberikan tanpa mengira tahap kelulusan, tahap kelayakkan seseorang pelajar maka dengan itu bersiap sedialah untuk tax akan diisytiharkan naik. Baru naik 6% dah bising, belum naik 10%. Pergi cari negara-negara yang dikatakan terbaik untuk dijadikan contoh dalam free education. Berapa dia punya tax. Cuba cari tax negara yang dikata contoh itu : Finland, Norway and Denmark.
Berbalik kepada masyarakat Malaysia itu sendiri. Khususnya kaum majoriti, antara tuition free dekat sekolah dengan tuition berbayar yang dikatakan sungguh terbaik untuk anak-anak mereka - agak-agak mana tuition yang akan dihantar? berbayar atau yang free?
Kalau ada free talk dengan talk berbayar mesti punya akan keluar ayat ni :
" weh rugi kot tak p ceramah tu, aku bayaq mahai ooo RM200 utk satu hari ja. Kena p ni nnt rugi macam tu ja "
atau
" weh rugi la tak p, free lah talk tu "
atau
" alah! free ja kan, tak yah lah p dengaq "
Hujah kedua :
Berapa ramai ibu bapa yang buat tabung khas untuk bekalan perjalanan pendidikan anak-anak mereka dimasa hadapan secara konsisten? Syukur kepada Allah, abah dan mak saya buat kepada kami adik beradik. Buka akaun Tabung Haji. Tiap-tiap bulan akan potong RM10 dalam semua akaun. Cukup untuk dijadikan bekalan untuk hari pertama menjejakkan kaki ke Universiti. Walaupun jumlahnya sedikit RM10 setiap bulan, tapi kalau dibuat secara konsisten dan dikeluarkan pada umur anak 18 tahun. Tapi sampai pencen duit itu tetap masuk akaun kami. hehehehe. Sayang Haji Mohd Rodhi dan Hajah Radiah soo much.
Yang ingin disampaikan disini adalah kerana, semasa hari pertama pendaftaran di UTM, ada dua lorong untuk borang PTPTN. Sapa yang dah ambik advance RM1000 sebelum tadatangan surat perjanjian dengan sapa yang belum ambik. Adakah wajar atau mustahil untuk dimansuhkan PTPTN?
Kesian kepada orang yang tidak mempunyai wang nak hantar anak ke universiti. Mana nak cari duit? Tapi saya yakin, sebagai Ibubapa mesti akan cari juga duit untuk hantar anak belajar. Cumanya kesusahan itu akan terletak berat dibahu mereka.
Hujah ketiga :
Kalau semua nak free (yelah orang malaysia ni semua nak free, usaha sikit. asyik harapkan bantuan memanjang) dan kita lihat masyarakat di sekitar kita sekarang. Keadaan Malaysia yang masih berada dalam kumpulan negara-negara membangun ni, agak -agak yang ambik kesempatan ramai atau yang mendapat bantuan ramai?
Teringat peristiwa masa berborak dengan Puan N, isteri kepada seorang kawan yang berkerja di Ireland.
Kepada mereka yang belum tahu, Ireland adalah diantara negara yang telah muflis. Kenapa walaupun telah meminjam dua kali dengan bank dunia, negara mereka masih muflis. Ini adalah kerana sebagai salah sebuah welfare state, sesiapa yang tidak bekerja akan diberikan elaun (bantuan daripada kerajaan). Dengan kadar pengangguran yang ramai sekarang disana, jadi duit yang dipinjamkan telah diperuntukkan kepada perkara-perkara yang tidak memberikan pulangan tinggi kepada peningkatan ekonomi.
Apa yang lebih menyedihkan, cerita Pn. N, firma tempat dia bekerja pernah menghubungi seseorang untuk menawarkan kerja. Tapi ayat yang dikeluarkan oleh orang tersebut setelah mendengar jumlah gaji yang ditawarkan :
" oh, jumlah gaji setahun yang diperolehi setelah ditolak kos perjalanan dan makan lebih sedikit dengan jumlah elaun yang diberikan oleh kerajaan kepada orang yang tidak bekerja. Saya tolak tawaran kerja ini' ( lebih kurang macam tu lah)
Mari cuba bayangkan dengan mentality masyarat kita disini, ada untung itu kerajaan atau orang yang bekerja kuar kena bayar tax tinggi untuk bagi duit kepada orang yang malas kerja tunggu duit free atau kita akan turut sama masuk list muflis.
Tapi saya ingin juga menyatakan bahawa, terdapat beberapa perkara yang boleh diperbetulkan.
Cadangan pertama.
PTPTN, perlu dikaji balik untuk menukarkan pinjaman kepada bentuk hadiah pendidikan kepada para pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Atau jumlah % bunga yang dikenakan adalah berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi. Kalau dah dapat pointer 2.1 haruslah bagi 4%. habiskan boreh jo.main-main ko apa budok2 ini ko dpt duit, beli smart phone,beli beg,kasut bagai ni.
Cadangan kedua.
Menurut kajian social stratification yang dijalankan terhadap perbandingan masyarat (jurang diantara org kaya dengan org miskin) setelah manusia tertumpu disesuatu kawasan.Centralization. Diantara tamadun China, Eropah dan Timur Tengah (zaman pemerintahan Khalifah), negara dibawah pemerintahan Khalifah merupakan satu tamadun yang telah berjaya mendekatkan jurang tersebut. Ini adalah kerana umat Islam pada zaman itu dibawah pemerintah yang adil dan keadaan keimanan umat Islam pada waktu itu maka keperluan serta kebajikan terhadap jiran tetangga sangat tinggi atau dalam erti kata lain ialah pengeluaran ZAKAT.
Zakat telah diagihkan dan diuruskan dengan baik. Semua yang berkelayakkan menjalankan suruhan Allah tanpa leka dan tiada masyarakat yang dibiarkan miskin papa kedana.
Berbeza dengan keadaan di Malaysia, Zakat selalu diperkatakan dan dibualkan. Tapi sayang dan sedih kerana perbualan lebih kepada betapa teruk zakat kita diuruskan.
Mungkin duit zakat yang banyak berkepuk-kepuk dalam bank digunakan untuk memberikan biasiswa kepada semua pelajar Islam yang layak. Sekali lagi di ulang yang layak sahaja kerana saya percaya dengan membuat tapisan terhadap tahap pencapaian pelajaran duit yang disalurkan akan lebih bermakna kerana insya Allah akan digunakan sebaik mungkin oleh pelajar tersebut.
Lihatla hasil pemberian biasiswa bank negara kepada Amalina Bakri. Begitu banyak pencapaian yang telah dicapai. Menjadi kaguman bukan sahaja rakyat Malaysia malah semua orang yang berada disamping beliau. Semoga dia berjaya menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
Ha, mesti ada yang terdetik dengan isu-isu yang disebarkan di FB or email. Saya tidak akan komen pasal itu. Hanya ingin berdoa semoga dia sentiasa didalam rahmat Allah. Kan pepatah melayu (bukan pepatah arab ke org putih ) ada menyatakan :
Yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan.
So, I came to my conclusion.
Eh pikir la sendiri dah panjang pulak post ini. Malas dah nak berhujan. Penat. Izinkan saya mengundurkan diri.
Sekian.
p/s : kalau manusia ini mentadbir alam ikut undang-undang manusia, keadaan sekarang akan tetap tidak berubah. Percayalah.
Iklan ditaja oleh : peminat Ust Azhar Idrus :
Iklan ditaja oleh : peminat Ust Azhar Idrus :

