Monday, September 8, 2008

:: WORK ::

Bila sebut perkataan work, semua org akan terus terbayang tempat kerja. Ada computer, meja, kerusi dan benda-benda seangkatan dengannya. Namun bagi seorang budak perempuan yang berumur 4 tahun dan bernama LISA ini, perkataan work adalah dimana kedua-dua orang tuanya keluar, naik kereta dan mungkin sehari atau lebih dari sehari tidak pulang ke rumah.



Lisa

LISA ini adalah anak kepada sepupu yang tinggal di Taman Gombak Setia. Dia baru dapat adik yang bernama SARAH ( bagus parents diaorg nih nama anak tak letak panjang-panjang, senang nak tulis dalam borang exam ). Mungkin si Lisa ini selalu ditinggalkan oleh parents dia, so dia tak de hal la nak borak-borak dengan org luar. Senang la, peramah pun boleh tahan jugak minah nih.
Berbalik kepada perkataan WORK tadi. Semalam berbuka puasa di rumah Pak Lang ( tok wan kepada Lisa, merangkap abg sulung sebelah mak ). Kebetulan ada album gambar sepupu saya bercuti di Pangkor Laut dekat living. So kitorg pun tengok la gambar-gambar tu.

Saya : Lisa, kenapa Lisa tak ada dalam gambar ni?
Lisa : Aunty, nih mama dgn babah pegi work. Lisa tak boleh ikut.
Saya : Owhhhh...bagus la.
Lisa : mama dgn babah pergi work, nnt dapat kumpul duit boleh bawak Lisa
dengan Sarah pergi jalan.

Saya hanya senyum dan memandang ibu Lisa ( yang mmg dari tadi dok tersenyum )

Memandangkan hari Ahad lepas hari terakhir MATA FAIR, so parents si LISA ini nak berkunjung ke sana. Saya dengan ijin Allah berjaya menepis segala godaan dan ajakkan mereka untuk berkunjung ke sana. Mungkin kerana bulan puasa, iman teguh didada.

Parents Lisa : Lisa, mama dengan babah keluar dulu tau. Jangan nakal.
Lisa : Ok
Saya : Lisa, mama dengan babah pergi mana?
Lisa : Alah, pergi work..( sambil dok main buku sticker dia )

Sejam sebelum berbuka, balikla parents si Lisa nih.
Saya : So , apa hasil?
Parents Lisa : Owh,...ok sangat. Lisa bulan sepupuh nih, Babah dengan
Mama pergi work lagi tau. 3 hari.
Lisa : Ok.

0 :: coretan lain :::