Wednesday, August 20, 2008

:: Sekolah Senibina UTM - episode 1 ::

Musim buah-buahan tempatan nih. Teringat memori semasa di Tahun 5 di sekolah senibina UTM sanjungan bangsa.

Suatu petang yang sunyi, sedang asyik membuat kerja di studio bersama anggota pasukan urban yang terdiri daripada

1/Ahmad Isyak Rudin
2/Syahril Nizam
3/Mohd Syahril
4/Mohd Zaki
5/Fakrul Razi
6/Norzaiti
7/Diri sendiri

Tiba-tiba, Isyak mengajak kami berjalan-jalan dan mencari buah disekitar FAB. Teruja dengan aktiviti menarik tersebut , kami sekumpulan memulakan penjelajahan bermula di kawasan FAB Square. Dibahagian wakaf terdapat deretan pokok-pokok rambutan yang sedang masak. Isyak dengan penuh bergaya memanjat pokok tersebut bersama-sama dengan Cangkul ( nama glamour Mohd Syahril )...kami hanya menunggu di bahagian bawah. Berjaya juga kami mengumpul rambutan. Terus makan dengan penuh girang seperti tak pernah makan buah rambutan.

Dengan diketuai oleh Isyak kami bergerak ke bahagian surau FAB. Disitu ada pokok pulasan. Tapi malang nasib kami. Langsung tak ada buah. Tak pe...

Perjalanan diteruskan dibahagian studio budak-budak lanskap. Di situ terdapat banyak pokok manggis yang renek-renek. Macam tak de buah jek tgk dari jauh. Bila dah dekat ada jugak la buah. Tapi hasil tak la banyak macam buah rambutan tadi.

Seterusnya lokasi mencari disambung dibahagian kawasan berhadapan dengan bengkel kayu di FAB. Terdapat pokok buah yang tidak diingati nama pokok tersebut. Buahnya berwarna merah macam jambu air tapi isinya macam buah jambu batu cuma masam.
Kami pun pulang ke studio untuk meneruskan kerja-kerja di studio yang berlambak-lambak dengan hati yang senang.

Wednesday, August 13, 2008

:: 5 Perkara ::

Hasil daripada fikiran yg sedang kusut dan boring.

1/ Berikan 5 tempat yang anda lawati sepanjang minggu ini.
i) Office yang terletak di Jalan Raja Laut
ii) Cawangan Kerja Kesihatan,JKR yang terletak di The Bouleverd,Mid Valley
iii) KLCC
iv) KL Sentral
v) Hospital Bentong,Pahang

2/ Berikan 5 orang terakhir yang bercakap dengan anda di telefon
i) Hazie
ii) My Mum
iii) George
iv) My lady bos
v) Ismadi

3/ Berikan 5 lagu yang anda selalu dengar
i) Taylor Swift - Mary's Song
ii) D'cinnamons - Ku Yakin Cinta
iii) Marie Digby - Say It again
iv) Leona Lewis - Take A Bow
v) Ayushita - Tak Mau Sendiri

4/ Berikan 5 perkara yang boleh membuatkan anda gembira
i) Dapat balik kampung
ii) Dapat borak-borak dgn mak dan abah
iii) Dapat layan adik beradik
iv) Dapat jumpa kawan-kawan sek/uni
v) Dapat pergi melancong

5/ Berikan 5 perkara yang anda perlu buat pada hujung minggu ini
i) Basuh baju/kemas rumah
ii) Jogging
iii) Melawat sepupu yang telah selamat bersalin
iv) Berpuasa ( nisfu Syaaban)
v) Ke majlis perkahwinan anak pengarah Caw Arkitek ( nasib baik buat mlm hari )

tak larat lah nak buat semua soalan-soalan nih....lagi sakit kepala plak.
cukuplah setakat 5 soalan nih.
nnt boring sambung balik.......