Wednesday, January 28, 2009

:: Aktiviti Semasa Cuti Bulan Januari ::

Kasihan pokok-pokok bunga di taman keliling rumah nih. Sejak mak ada minat baru terhadap kambing ternakan, kewujudan mereka semua seakan-akan dipinggirkan. Dahla anak-anak semua malas nak tolong tengokkan, nasib baik lah masih mengeluarkan bunga. Mari kita hayati keindahan alam semulajadi ciptaan Yang Maha Esa.





..................................................................................

Pada hari selasa yang lalu, ahli keluarga Faruq telah bertambah lagi. Kali ini dapat kembar 3 ekor. Kami memberi nama mereka Do, Re dan Mi.Tiga minggu sebelum itu ahli keluarga Faruq dah dapat kembar 2 ekor. Mereka ialah Rona dan Roni.Sungguh gembira pulang ke Penang kali ini.


Do ( yang tengah duduk ), Re(yang warna kelabu2 sket ) dan Mi ( yang paling kecil )


Rona dan Roni

Dari depan : Mek,Coco dan Abg Long
( diorg nih keluarga Tom, degil tak nak duduk dalam bilik,
suka sangat duduk kat laluan nih )
....................................................................

Ini adalah percubaan pertama kami. Senang saja nak buat cupcakes nih.Cuma perlu ada tahap kesabaran yang tinggi saja nak menghias kat atas cake tu. Dipikir-pikir lagi senang nak buat corak inai atas tangan pengantin.

Akan dihantar kepada bakal adik ipar

Akan dihantar kepada kawan adik yg menyambut hari jadi ke 21

Ini untuk sepupu, Aisyah dan kakaknya Hajar

7 :: coretan lain :::

amsyah said...

alamak, dah buat cupcakes jugak. susoh kawe nok cari make deh...

ruslina said...

rona roni and cupcakes, wah wah, warna warni betoi cuti bulan januari hang ya,

HiDayah said...

amsyah,
hehhe...ala abg syah sy budak baru belajar..tak boleh lawan kak nana punya cupcakes laaaaa.

ruslina,
mmg berbaloi tambah cuti sampai seminggu..over daripada chinese yg nak berhari raya.hehehe

amsyah said...

takpe, buleh join sekali buat marketing ok?

tujuanhidupini said...

Salam..

Subhanallah, cantiknyaaa bunga orkid Mak you.. ;))) mintak sikit boleh?

k nana said...

alamak, dah buat cupcakes jugak ke??
btw, check wilton website for more cupcakes tips and ideas.try search:cupcake fun with wilton

HiDayah said...

tujuanhidupini,
hehe..nnt i mintak kat my mum..itupun kalau ada kekuatan nak tanya.(sure dia bebel,nak jaga malas,dah bunga2 nih nak ambik pulak)

K nana,
huhuhu...okies tq.