Perasaan yang paling sukar untuk digambarkan dengan perkataan dalam pengalaman hidup saya diantaranya ialah perasaan untuk mengadap tujuh orang pensyarah dan bentangkan Thesis Senibina. Ditambah dengan tidak cukup tidur, otak letih dan perut kosong kerana merasakan waktu untuk makan adalah membazir kerana lukisan persembahan masih belum siap.Perasaan itu masih lagi menghantui diri ini walaupun sudah lebih dua tahun memegang Ijazah Senibina. Seperti mimpi yang ngeri yang sentiasa menjelma.
Sebagai orang yang berpengalaman dan pernah melalui hari - hari seperti itu, saya sangat memahami perasaan adik yang masih memegang status pelajar senibina. Menjadi tempat mengadu ketidakpuasan hati terhadap tindak tanduk pensyarah dan juga kawan-kawan sekumpulan. Apa yang mampu diberi, sokongan moral. Walaupun sokongan moral seperti kata berikut :
Tak pe, fokus jek buat design tu. Lagi sikit jek lagi nak habis.
atau
Pensyarah mmgla macam tu, nak tgk kita yakin ke tak dengan design kita. Buat precedent study bebetulla.
atau
Jumpala pensyarah, jangan tunggu waktu studio jek nak crit.
Saya tahu, saya hanya dapat memberi sedikit keyakinan dan semangat untuk dia.
Masih ingat lagi, semasa berada ditahun pertama. Pertama kali tidak tidur dan letih. Mengadu kepada pakcik yang juga seorang Arkitek.
Hanya ini ucapan beliau dengan muka yang selamba:
Welcome to the real world.
Kepada adik dan rakan-rakan yang masih belajar lagu ini ditujukan khas untuk anda semua, terimalah....
Rajin adik rajin,rajinlah belajar, bila besar nanti...alamak tak ingatla lirik lagu ini.
Oklah..kita layan lagu lain..terimalah
Lagu dari Project Pop - memori lagu Tu Wa Ga Pat semasa di studio tahun 4.



11 :: coretan lain :::
"Buat president stady bebetulla"
ehem... Precedent Study... sorry ye.. tumpang lalu
hahahaa..salah taip la pulak..ingat kat obama nih...ok sy betulkan.
"mantremangg..tremanngg.. guaa dapattt..." hahahha
ske gile aku lg tuhh, hehe... ;)
Radin,
huhuhu...kenangan betul lagu tuh..korng mcm ada jek suara sama ngan diorg.sesuaiiii.
gee gee,
kenapa kau rasa macam tu sekarang? kau ada dateline ke beb? hehehe.
haha,.. tu wa ga pat... teringat video clip yg kite rakam pakai camera digital ayien yg paling canggih lah time tu, tp takde suara. huahahaha, lawak2
ayien,
sebagai housemate anda perlu memberi sokongan moral kepada saya rakan.
isem,
ye ye..lawak giler time tu.ingat tak yg kita buat video clip hey si gadis yang ayu..jeng jeng jeng..
hee.. perasan tak radin silap type... 'gua dapat'... sepatutnya Tu Wa Ga Pat... huhuhhuu
tu wa ga pat
lagu pelik yang merebak,,
bergema segenap studio,
rancak dan galak sekali lagu itu, we like it, hua haha,,
isem,
hahaha...takperasan plak..sbb bila baca dok nyanyi skali.
ruslina,
nnt i cari gambar yg kita buat studio masa thn 3.memori sungguh.
hehe dah tau ker tajuk lagu tu?
kalau tak silap singer dia Pianka
tajuk lagu "ku mahu yg besar@ den mau yg bosar"
Post a Comment