Thursday, February 19, 2009

:: Sesuatu Yang Luar Biasa ::

Pernah tak korang rasa nak buat sesuatu yang luar biasa sedikit didalam kehidupan harian korang. Selalu juga terpikir kadang-kadang nak buat benda-benda ini. Tapi ye lah, perasaan takut akan sentiasa ada la dalam hati ni. Yelah, nama pun luar biasa. Mestilah sesuatu yang tak tercapai akalkan.

Tapi tak de lah, nak buat benda yang tak logic macam nak cuba terbang macam Peter Petrelli ke atau terasa nak berlatih berenang di taman permainan kan.

Ok, mari kita lihat senarai perkara luar biasa yang saya kadang-kadang terasa nak buat.

1. Seperti semua orang nampak dan tahu yang KLCC tu penuh dengan orang-orang dari negara Timur Tengah. So pemandangan wanita Arab memakai baju serba hitam sudah biasala kelihatan kan. Tapi ada satu hari tu, ternampak sorang mamat Arab nih pakai baju rasmi diorg macam ala2 Allahyarham Yassier Arafat kat KLCC. Masa tu kat belakang dia nak naik eskalator. So masa itu, SESUATU-YANG –LUAR- BIASA yang terasa nak buat ialah

Jerit sambil tunjukkan kat dia dengan jeritan

Lari-lari, dia ada bom dalam baju dia..sambil berlari sambil ulang2 ayat dan turun dari eskalator yang sedang bergerak keatas.

2. Nak masuk kedalam pejabat KRU kat Jelatik tu, buat kecoh nak jumpa si ADAM.
Sebab dok lalu lalang depan tu tunggu ADAM muncul tak muncul pun. So , buat kecoh kat dalam pejabat. Bila ADAM muncul, SESUATU-YANG-LUAR-BIASA nak buat ialah

Tampar dia dan nak cakap

Tolonglah menyanyi betul-betul sikit.

3. Nak try pegi ujibakat menyanyi. Tapi mungkin bagi sesetengah orang perkara ini bukanlah sesuatu yang luar biasa walaupun diorg sebenarnya tak tahu menyanyi. Apa-apa pun ok lah jugak kan. Sekurang-kurangnya diorg yakin dan berani pada diri sendiri. Tapi tak nak masuk AF, drama sangat. Nak masuk geng star lah. Sebab nak paksa rakan-rakan serumah masuk sekali. Nak test power agak-agak kitorg nih sebenarnya boleh menyanyi tak. Sukses..sukses.

Ok, lagu wajib yang kitorg nak nyanyi masa uji bakat ialah :

Lagu sape tah yang nyanyi tapi slalu keluar dekat radio masa nak balik keje. Part ini jek yang tahu.

Aku mahu rumah yang besar, aku mahu kereta besar, aku mahu yang besar-besar sahaja.

Ayien, sila hafal part lain..sebab part nih sy dgn zai dah hafal.Kepada sesiapa yang tahu nama penyanyi nih sila bgtau sy.

Rasanya kalau buat semua yang tersebut diatas nih. Sy akan glamour tak? Yang no 1 tu sure masuk bulletin utama. Yang no.2 tu sure akan masuk Melodi dan yang no.3 tu sure akan masuk tv jugak.

Tapi yang pasti semua ini akan membuatkan ibubapa saya kecewa dengan diri ini. Jadi saya tidak sanggup untuk mengecewakan mereka. Saya mahu menjadi anak yang baik. Cuma saya sudah bosan tengok berita di tv sekarang. Tak ada cerita yang lain selain benda yang sama. BOSAN ok!. Tapi kepada yang suka tengok cerita lawak, bolehlah tengok berita. TV rumah kami dah tak tengok berita dah. Buat kelas vokal jam 8.00 hingga 8.30 malam. Lepas tu boleh la bukak balik tgk berita luar negara.

p/s : sapa nak join kelas vokal, sila beri nama anda kepada kak Faz. Dia secara rasmi telah dilantik menjadi pengurus kami.

8 :: coretan lain :::

Radin said...

gmm..
bile ko nk kawen nihh...
sesuatu bnd yg luar biase gak tuhh, huhuh... ;p

isem said...

yuhuuu gee, rindu tak kitorg spnjg kitorg berkursus di PD, hehehehe

haha.. jahat la radin ni..

gee.. name grup tu Priyanka, under KRU gak (amcam, luar biasa tak i tahu name grup ni, huhuhu)

haha, lawak la entry u kali ni, part nak masuk gang starz tu yg tak larat, eh, dulu pun kite ada plan kan nak masuk mase serumah... tp skrg ni i jadi penyokong setia lah, nak undi bley, tp nnti i claim u all balik yek

HiDayah said...

Radin,
Kau nih..kan aku cakap hujung thn.hampeh betul.tp kawen taklah luar biasa pun.itu sunnah.

Isem,
Rindu jugak kat u.Since u berbadan dua nih tak jumpa2 pun..rindu.nnt i pegi lepak umah u lah.

ruslina said...

priyanka?, sedap nama tu!
aku sokong luar biasa no 3,,!

HiDayah said...

ruslina,
baru teringat kami semua pernah menang pertandingan menyanyi di kolej dahulu...hahahahaha..lagu m.nasir..dgn doa buat kekasih..huhu

zai said...

huhu... mungkin juga sesuatu yang luar biasa kita boleh lakukan ialah praktis nyanyi tapi menumpang di rumah makcik sebelah yang mempunyai porch baru.. ala2 bau kedai gitu.. (ni mau dibaling ke longkang kiter nih.. takpun dipulaukan oleh masyarakat taman k------ p------ (chehhh.. beriya rahsiakan)huahaha...

HiDayah said...

cik zai,
lama tak berbual kan...hehehe,..nama ja serumah.ok jugak berlatih kat situ.asyik dok dgr anak teruna dia menyanyi kat dlm toiletkan..

angin said...

i miss u guys so much... miss a lot time with u... why? still looking... if i could turn back time... i wish... mmm :P