Seorang kawan bertanya kepada saya hari ini. Seronok bekerja di JKR?
Secara jujurnya, soalan tersebut sudah beberapa kali diutarakan kepada diri ini.
Dengan senyuman saya akan menjawab :
1. JKR umpama sebuah firma arkitek yang terbesar di Malaysia. Sebagai contoh Cawangan Arkitek. Caw. Arkitek dibahagikan kepada beberapa unit, seperti unit kesihatan,unit keselamatan, unit pendidikan, unit bangunan am, unit pengajian tinggi dan sebagainya. Jadi, sesiapa yang bekerja di JKR , mereka dapat mengambil pengalaman dalam semua jenis design bangunan yang ada. Sekiranya sudah bosan membuat design, boleh memohon untuk ditukarkan kepada unit research dan sebaliknyalah.
2. Banyak belajar bagaimana untuk mengurus projek. Daripada mula sehingga siap pembinaan. Bagaimana nak berkomunikasi dengan pihak-pihak atasan, mereka-mereka yang bergelar dato dan datin serta menteri-menteri. Percayalah pengurusan projek amatlah penting sekali. Ini kerana design kita sudah belajar selama 6 tahun di Sekolah Senibina dan Insya Allah akan dapat buat design walaupun terikat dengan kos dan kehendak EPU. Pengalaman untuk mengurus projek lebih penting selepas anda memegang Ijazah Sarjana Muda Senibina. Oleh kerana itu exam part 3 tidak ada paper untuk calon membuat design. Segalanya adalah bagaimana anda mengurus projek dalam apa jua keadaan dan tekanan.
3. Namun, sekiranya anda berada di JKR.Pilihan adalah terletak kepada diri anda sendiri untuk menentukan hala tuju masa hadapan. Berdiam diri dan menunggu gaji naik setiap tahun tanpa membuat apa-apa atau mengambil peluang yang ada dengan mendalami setiap projek yang diberi dengan serius dan ada kehendak untuk memajukan diri sendiri. Anda boleh membuat pilihan tanpa ada paksaan.
Semua adalah bergantung kepada diri anda, dan tidak kira anda bekerja di JKR atau firma swasta. Kita perlu bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang kita buat.
.................................................
Jumaat lepas saya telah melawat tapak untuk projek Kulliyyah Dentistry di UIA Kuantan. Kebetulan projek renovation bangunan lama sudah siap. Dapatlah melihat dental chair yang sangat mahal yang diimport dari German. Disebabkan projek ini terdapat 80 dental chairs dan ini merupakan projek termahal yang pernah dibuat oleh UIA Kampus Kuantan, maka mesyuarat ini juga dipengerusikan oleh Dato.Ir Haji Mohd Noor,Timb.Ketua Pengarah Kerja Raya 1.
Oral Health Department
Macam-macam warna kerusi ada
ok, this one mayb a little bit scary to see
Dental X-ray
Lab untuk buat acuan gigi, computer akan muncul bila di on kan