Friday, February 27, 2009

:: Hadiah Untuk Post ke 100 ::

Hahaha,adakah sudah bosan dengan kerja-kerja di pejabat. Mungkin juga. Hari Jumaat yang rehatnya panjang hanya dihabiskan masa didalam ruang segiempat yang saiznya mengikut kehendak EPU ini. Ok, sempena post yang ke-100 ni, taaadaaaa..warna sudah ditukar. ( eleh, tukar warna pun nak kecoh )

Tapi kalau ada sesiapa yang nak bagi layout yang best pun dialu-alukan. Malas nak design sebab design yang patut buat pun tak siap-siap lagi.

Ok, kepada sesiapa diluar sana yang nak ambik exam Part3 thn depan anda diingatkan bahawa 1 Mac ini adalah tarikh akhir untuk menghantar log-book anda. Good Luck.

p/s : Tapi warna baru ini macam suram pulak rasa. Tak pe lah..tak de masa nak tgk lebih-lebih benda ini. Tak siap keje nnt.

Sunday, February 22, 2009

:: Tentang Kawan ::

Pandangan seorang kawan,



" Mana yang lebih baik, kecewa selepas berusaha atau kecewa sebab tidak pernah berusaha?''



Kawan yang seorang ini sudah lama tidak berjumpa. Tapi kalau ada kesempatan berdua mesti akan ada perkara yang menarik yang akan diperbincangkan.Terima kasih kawan atas nasihat dan pandangan yang diberikan.
Masih ingat lagikah lagu Untukmu Teman daripada Brothers yang selalu dimainkan di studio sewaktu matahari baru hendak keluar mencorakkan langit dipagi hari suatu ketika dulu?.. Sedih pulak bila dengar lagu itu sekarang.

Thursday, February 19, 2009

:: Sesuatu Yang Luar Biasa ::

Pernah tak korang rasa nak buat sesuatu yang luar biasa sedikit didalam kehidupan harian korang. Selalu juga terpikir kadang-kadang nak buat benda-benda ini. Tapi ye lah, perasaan takut akan sentiasa ada la dalam hati ni. Yelah, nama pun luar biasa. Mestilah sesuatu yang tak tercapai akalkan.

Tapi tak de lah, nak buat benda yang tak logic macam nak cuba terbang macam Peter Petrelli ke atau terasa nak berlatih berenang di taman permainan kan.

Ok, mari kita lihat senarai perkara luar biasa yang saya kadang-kadang terasa nak buat.

1. Seperti semua orang nampak dan tahu yang KLCC tu penuh dengan orang-orang dari negara Timur Tengah. So pemandangan wanita Arab memakai baju serba hitam sudah biasala kelihatan kan. Tapi ada satu hari tu, ternampak sorang mamat Arab nih pakai baju rasmi diorg macam ala2 Allahyarham Yassier Arafat kat KLCC. Masa tu kat belakang dia nak naik eskalator. So masa itu, SESUATU-YANG –LUAR- BIASA yang terasa nak buat ialah

Jerit sambil tunjukkan kat dia dengan jeritan

Lari-lari, dia ada bom dalam baju dia..sambil berlari sambil ulang2 ayat dan turun dari eskalator yang sedang bergerak keatas.

2. Nak masuk kedalam pejabat KRU kat Jelatik tu, buat kecoh nak jumpa si ADAM.
Sebab dok lalu lalang depan tu tunggu ADAM muncul tak muncul pun. So , buat kecoh kat dalam pejabat. Bila ADAM muncul, SESUATU-YANG-LUAR-BIASA nak buat ialah

Tampar dia dan nak cakap

Tolonglah menyanyi betul-betul sikit.

3. Nak try pegi ujibakat menyanyi. Tapi mungkin bagi sesetengah orang perkara ini bukanlah sesuatu yang luar biasa walaupun diorg sebenarnya tak tahu menyanyi. Apa-apa pun ok lah jugak kan. Sekurang-kurangnya diorg yakin dan berani pada diri sendiri. Tapi tak nak masuk AF, drama sangat. Nak masuk geng star lah. Sebab nak paksa rakan-rakan serumah masuk sekali. Nak test power agak-agak kitorg nih sebenarnya boleh menyanyi tak. Sukses..sukses.

Ok, lagu wajib yang kitorg nak nyanyi masa uji bakat ialah :

Lagu sape tah yang nyanyi tapi slalu keluar dekat radio masa nak balik keje. Part ini jek yang tahu.

Aku mahu rumah yang besar, aku mahu kereta besar, aku mahu yang besar-besar sahaja.

Ayien, sila hafal part lain..sebab part nih sy dgn zai dah hafal.Kepada sesiapa yang tahu nama penyanyi nih sila bgtau sy.

Rasanya kalau buat semua yang tersebut diatas nih. Sy akan glamour tak? Yang no 1 tu sure masuk bulletin utama. Yang no.2 tu sure akan masuk Melodi dan yang no.3 tu sure akan masuk tv jugak.

Tapi yang pasti semua ini akan membuatkan ibubapa saya kecewa dengan diri ini. Jadi saya tidak sanggup untuk mengecewakan mereka. Saya mahu menjadi anak yang baik. Cuma saya sudah bosan tengok berita di tv sekarang. Tak ada cerita yang lain selain benda yang sama. BOSAN ok!. Tapi kepada yang suka tengok cerita lawak, bolehlah tengok berita. TV rumah kami dah tak tengok berita dah. Buat kelas vokal jam 8.00 hingga 8.30 malam. Lepas tu boleh la bukak balik tgk berita luar negara.

p/s : sapa nak join kelas vokal, sila beri nama anda kepada kak Faz. Dia secara rasmi telah dilantik menjadi pengurus kami.

Sunday, February 8, 2009

:: Perasaan Itu ::

Perasaan yang paling sukar untuk digambarkan dengan perkataan dalam pengalaman hidup saya diantaranya ialah perasaan untuk mengadap tujuh orang pensyarah dan bentangkan Thesis Senibina. Ditambah dengan tidak cukup tidur, otak letih dan perut kosong kerana merasakan waktu untuk makan adalah membazir kerana lukisan persembahan masih belum siap.Perasaan itu masih lagi menghantui diri ini walaupun sudah lebih dua tahun memegang Ijazah Senibina. Seperti mimpi yang ngeri yang sentiasa menjelma.



Sebagai orang yang berpengalaman dan pernah melalui hari - hari seperti itu, saya sangat memahami perasaan adik yang masih memegang status pelajar senibina. Menjadi tempat mengadu ketidakpuasan hati terhadap tindak tanduk pensyarah dan juga kawan-kawan sekumpulan. Apa yang mampu diberi, sokongan moral. Walaupun sokongan moral seperti kata berikut :



Tak pe, fokus jek buat design tu. Lagi sikit jek lagi nak habis.



atau



Pensyarah mmgla macam tu, nak tgk kita yakin ke tak dengan design kita. Buat precedent study bebetulla.



atau



Jumpala pensyarah, jangan tunggu waktu studio jek nak crit.



Saya tahu, saya hanya dapat memberi sedikit keyakinan dan semangat untuk dia.



Masih ingat lagi, semasa berada ditahun pertama. Pertama kali tidak tidur dan letih. Mengadu kepada pakcik yang juga seorang Arkitek.



Hanya ini ucapan beliau dengan muka yang selamba:



Welcome to the real world.



Kepada adik dan rakan-rakan yang masih belajar lagu ini ditujukan khas untuk anda semua, terimalah....



Rajin adik rajin,rajinlah belajar, bila besar nanti...alamak tak ingatla lirik lagu ini.
Oklah..kita layan lagu lain..terimalah
Lagu dari Project Pop - memori lagu Tu Wa Ga Pat semasa di studio tahun 4.